DASAR PENAFIAN : Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Sebarang maklumat dalam blog ini adalah hasil kerja dan pandangan peribadi penulis. Harap maklum. :)

Wednesday 25 April 2012

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Monday 9 April 2012

Kaedah Menulis Karangan Cemerlang

Petua Umum Penulisan Karangan

  • Membaca bahan bacaan yang baik.
  • Rajin membuat latihan mengarang.
  • Berpengetahuan untuk menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti. 
Tiga Kelemahan Utama dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar
Bahasa 

  • Pembinaan ayat-ayat yang tidak gramatis.
  • Pemilihan perkataan yang tidak tepat.
  • Penggunaan tanda baca yang tidak betul.
Isi

  • Ketiadaan isi topik (isi utama dalam sesuatu perenggan).
  • Kelemahan huraian tentang isi utama. 
  • Isi karangan tiada urutan daripada satu fakta ke satu fakta yang lain.
Tulisan

  • Sukar untuk dibaca.
Pembinaan Perenggan 
"Sesuatu permulaan yang baik menjanjikan separuh daripada kejayaan."
                                                                                                                                       Confusius 

 Dalam penulisan karangan, ayat-ayat yang dihasilkan adalah dalam bentuk perenggan. Dengan itu, perkara utama yang harus dititikberatkan dalam penulisan karangan adalah pembinaan perenggan.

TEKNIK MEMBINA PERENGGAN KARANGAN
Karangan terbentuk daripada tiga bahagian yang utama :

Pendahuluan               Isi               Penutup   

Menulis pendahuluan tidak boleh dipandang ringan kerana :
  1. Memberi tanggapan yang baik kepada pembaca atau pemeriksa.
  2. Menarik minat pembaca atau pemeriksa untuk meneruskan bacaan mereka.
  3. Meyakinkan pembacaan atau pemeriksa bahawa mereka sedang membaca sebuah karangan yang berkualiti tinggi.
 Oleh itu, pelajar harus menggunakan kreativitinya untuk menarik minat, meyakinkan dan seterusnya memberikan satu tanggapan yang baik kepada pemeriksa tentang kualiti karangan yang bakal dihasilkan bermula dari bahagian "pendahuluan karangan."

Menulis Pendahuluan Karangan
 Perhatikan struktur pendahuluan karangan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Struktur Pendahuluan Karangan

 Ayat pembukaan- Ayat pembukaan merupakan ayat pertama yang memulakan sesuatu karangan. Sebaik-baiknya pelajar memulakan karangan dengan menyatakan sesuatu perkara umum yang berkaitan dengan kehendak soalan karangan.
Kesilapan Umum Pelajar
  • Gagal memikirkan satu idea yang baik semasa menulis ayat pembukaan.
  • Mengemukakan perkara umum yang tidak ada kaitan dengan tajuk karangan.
  •  Tidak dapat membezakan antara "perkara umum" dengan "perkara khusus."
  • Memberikan cadangan atau pendapat dalam bahagian "pendahuluan karangan."
Menulis Perenggan Isi
 Perenggan isi merupakan "badan" kepada karangan. Sekiranya anda telah memulakan karangan dengan baik, anda juga harus menulis bahagian perenggan isi ini dengan baik. Perhatikan struktur perenggan isi untuk perbincangan selanjutnya :
Rajah 2 : Struktur Perenggan Isi.

 Di peringkat UPSR, empat isi dianggap mencukupi untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Setiap satu isi pokok dibincangkan dalam satu perenggan. Jika anda mempunyai tiga isi, ini bermakna anda harus menulis tiga perenggan isi mengikut struktur dalam Rajah 2 di atas.
 Biasanya, isi karangan dinyatakan dalam ayat pertama atau di bahagian awal perenggan isi supaya pemeriksa tahu anda sedang membincangkan isi yang tepat dengan tajuk karangan pilihan anda.
 Isi yang dinyatakan itu haruslah diikuti dengan ayat sokongan (huraian atau perincian) yang selengkapnya, dan berikan pendapat, komen, dan cadangan yang berkaitan dengan isi yang dibincangkan agar dapat meyakinkan pembaca. Perenggan isi ini juga harus ditutup dengan baik.
Menulis Perenggan Penutup
Perkara yang mesti dititikberatkan semasa menulis perenggan penutup ialah :

  • Gunakan kata-kata yang membawa maksud "menutup" atau "mengakhiri" seperti : "Secara keseluruhannya", "Jelaslah bahawa","Akhir kata" dan banyak lagi.
  • Berikan cadangan, pendapat, ulasan, atau langkag-langkah penyelesaian yang berkaitan dengan isi-isi yang telah anda bincangkan.

Rajah 3: Struktur Perenggan Penutup.

"Perenggan permulaan yang baik haruslah disempurnakan sengan perenggan penutup yang baik. Jangan anggap perenggan penutup ini tidak penting."

Selamat Berjaya..