Petua Umum Penulisan Karangan
- Membaca bahan bacaan yang baik.
- Rajin membuat latihan mengarang.
- Berpengetahuan untuk menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti.
Tiga Kelemahan Utama dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar
Bahasa
- Pembinaan ayat-ayat yang tidak gramatis.
- Pemilihan perkataan yang tidak tepat.
- Penggunaan tanda baca yang tidak betul.
Isi
- Ketiadaan isi topik (isi utama dalam sesuatu perenggan).
- Kelemahan huraian tentang isi utama.
- Isi karangan tiada urutan daripada satu fakta ke satu fakta yang lain.
Tulisan
Pembinaan Perenggan
"Sesuatu permulaan yang baik menjanjikan separuh daripada kejayaan."
Confusius
Dalam penulisan karangan, ayat-ayat yang dihasilkan adalah dalam bentuk perenggan. Dengan itu, perkara utama yang harus dititikberatkan dalam penulisan karangan adalah pembinaan perenggan.
TEKNIK MEMBINA PERENGGAN KARANGAN
Karangan terbentuk daripada tiga bahagian yang utama :
Menulis pendahuluan tidak boleh dipandang ringan kerana :
- Memberi tanggapan yang baik kepada pembaca atau pemeriksa.
- Menarik minat pembaca atau pemeriksa untuk meneruskan bacaan mereka.
- Meyakinkan pembacaan atau pemeriksa bahawa mereka sedang membaca sebuah karangan yang berkualiti tinggi.
Oleh itu, pelajar harus menggunakan kreativitinya untuk menarik minat, meyakinkan dan seterusnya memberikan satu tanggapan yang baik kepada pemeriksa tentang kualiti karangan yang bakal dihasilkan bermula dari bahagian "pendahuluan karangan."
Menulis Pendahuluan Karangan
Perhatikan struktur pendahuluan karangan dalam Rajah 1.
Rajah 1: Struktur Pendahuluan Karangan
Ayat pembukaan- Ayat pembukaan merupakan ayat pertama yang memulakan sesuatu karangan. Sebaik-baiknya pelajar memulakan karangan dengan menyatakan sesuatu perkara umum yang berkaitan dengan kehendak soalan karangan.
Kesilapan Umum Pelajar
- Gagal memikirkan satu idea yang baik semasa menulis ayat pembukaan.
- Mengemukakan perkara umum yang tidak ada kaitan dengan tajuk karangan.
- Tidak dapat membezakan antara "perkara umum" dengan "perkara khusus."
- Memberikan cadangan atau pendapat dalam bahagian "pendahuluan karangan."
Menulis Perenggan Isi
Perenggan isi merupakan "badan" kepada karangan. Sekiranya anda telah memulakan karangan dengan baik, anda juga harus menulis bahagian perenggan isi ini dengan baik. Perhatikan struktur perenggan isi untuk perbincangan selanjutnya :
Rajah 2 : Struktur Perenggan Isi.
Di peringkat UPSR, empat isi dianggap mencukupi untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Setiap satu isi pokok dibincangkan dalam satu perenggan. Jika anda mempunyai tiga isi, ini bermakna anda harus menulis tiga perenggan isi mengikut struktur dalam Rajah 2 di atas.
Biasanya, isi karangan dinyatakan dalam ayat pertama atau di bahagian awal perenggan isi supaya pemeriksa tahu anda sedang membincangkan isi yang tepat dengan tajuk karangan pilihan anda.
Isi yang dinyatakan itu haruslah diikuti dengan ayat sokongan (huraian atau perincian) yang selengkapnya, dan berikan pendapat, komen, dan cadangan yang berkaitan dengan isi yang dibincangkan agar dapat meyakinkan pembaca. Perenggan isi ini juga harus ditutup dengan baik.
Menulis Perenggan Penutup
Perkara yang mesti dititikberatkan semasa menulis perenggan penutup ialah :
- Gunakan kata-kata yang membawa maksud "menutup" atau "mengakhiri" seperti : "Secara keseluruhannya", "Jelaslah bahawa","Akhir kata" dan banyak lagi.
- Berikan cadangan, pendapat, ulasan, atau langkag-langkah penyelesaian yang berkaitan dengan isi-isi yang telah anda bincangkan.
Rajah 3: Struktur Perenggan Penutup.
"Perenggan permulaan yang baik haruslah disempurnakan sengan perenggan penutup yang baik. Jangan anggap perenggan penutup ini tidak penting."
Selamat Berjaya..